Isnin, 24 September 2012

Bantulah Kami


PENGENALAN
                Sek Keb Telok Gadong adalah di antara sekolah yang tertua di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1897. Kini sekolah ini telah pun berusia 115 tahun. Sekolah ini ditubuhkan di sebuah bangunan hospital lama yang terletak di persimpangan Jalan Sungai Bertih dan Jalan Pelabuhan Klang.
              Pada masa pembukaan, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Telok Gadong. Nama ini diambil sempena nama tempat tersebut. Sekolah Melayu Telok Gadong tidak kekal di tapak bangunan hospital tersebut. Ia telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang ini iaitu di Jalan Yadi pada 5 Disember 1964. Bangunan sekolah lama ini telah dirobohkan dan dibina jalan raya serta rumah. Pada tahun 1987, sekolah ini telah dijadikan dua buah sekolah dengan dua pentadbiran yang berasingan iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong 2. Pada tahun 1990  Sekolah Kebangsaan Telok Gadong 2 dipindahkan ke sekolah baru yang dibina bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Udang.
Kini Sekolah Kebangsaan Telok Gadong menampung lebih dari 1350 murid, dibahagikan kepada sesi pagi dan petang. Memandangkan blok surau tiada dibina, maka pihak sekolah mencadangkan agar blok surau dibina untuk kemudahan warga Sekolah Kebangsaan Telok Gadong. 


VISI
Mewujudkan sebuah Surau (Madrasah Al-Ikhsan) dengan prasarana yang lengkap untuk keperluan Ibadah serta berperanan sebagai pusat untuk pembinaan sahsiah dan  keilmuan murid-murid serta warga sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan