Selasa, 2 Oktober 2012

Kelebihan Berinfaq



Islam sangat menganjurkan pemeluknya untuk berinfaq. Anjuran ini terdapat pada bahagian awal surah Al-Baqarah, telah disebutkan oleh Allah subhaanahu wa ta’aala menggambarkan salah satu ciri utama orang bertaqwa.

“Alif Laam Miim. Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan meng-infaq-kan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”(QS Al-Baqarah ayat 1-3)

Dalam ayat di atas Allah ta’aala menyebutkan cirri-ciri orang yang muttaqin ialah mereka yang selalu berinfaq dan yang rajin menegakkan sholat. Di dalam Al-Qur’an, arahan menegakkan sholat dan mengeluarkan infaq disebutkan dalam suatu rangkaian berpasangan. Hal ini mudah difahami sebab ajaran Islam selalu menekankan keseimbangan dalam segala sesuatu. Islam bukan semata ajaran yang mewujudkan hubungan antara hamba dengan rabbnya atau hablum minAllah, tetapi juga hubungan antara hamba dengan sesama hamba atau hablum minan-naas.

Uniknya lagi, di dalam ajaran Islam bila suatu perintah Allah ta’aala dilaksanakan, maka bukan saja hal itu menunjukkan kepatuhan seorang hamba akan rabbnya, melainkan dijamin bakal mendatangkan manfaat bagi si hamba. Ini yang disebut dengan fadhilah atau keutamaan suatu ’amal-perbuatan. Misalnya sholat malam atau tahajjud. Allah ta’aala menjanjikan bagi pelakunya bakal memperoleh kekuatan daya pengaruh ketika berbicara.

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.” (QS AlMuzzammil ayat 1-5)

Contoh lain bila seseorang meningkatkan ketaqwaan kepada Allah ta’aala maka di antara fadhilah yang akan ia peroleh adalah penambahan ilmu dari Allah ta’aala, jalan keluar kesulitan hidupnya serta rizqi dari arah yang tidak disangka-sangka.

”Dan bertakwalah kepada Allah; Allah (akan) mengajarmu.” (QS AlBaqarah ayat 282) ”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS Ath-Thalaq ayat 2-3)

Justeru itu, dengan berinfaq. Allah ta’aala menjanjikan fadhilah di balik kedermawanan seseorang yang rajin berinfaq.

“Katakanlah, "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS Saba’ ayat 39)

Bahkan dalam sebuah hadits Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad shollallahu ‘alahi wa sallam bersabda: “Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary 5/270)

Saudara saudari yang budiman, marilah kita galakkan berinfaq di pagi hari agar malaikat mendoakan kelapangan rizqi yang memang sangat kita perlukan untuk memperlancar ibadah, amal sholeh, da’wah dan jihad kita di dunia. Dan jangan biarkan ada satu pagipun yang berlalu tanpa berinfaq melainkan kita mengundang kerosakan dalam hidup sebagaimana doa malaikat yang satunya di setiap pagi hari.

Ketahuilah, bukan banyaknya jumlah infaq, yang penting keikhlasan-nya. Lebih baik berinfaq sedikit namun kesungguhan melakukannya terus-menerus daripada berinfaq dalam jumlah besar namun hanya sekali setahun atau seumur hidup. Orang yang selalu berinfaq tidak mungkin menjadi miskin malah rezeki meraka makin bertambah.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit.”(QS Ali Imran ayat 133-134)

Rabu, 26 September 2012



JENIS-JENIS SUMBANGAN
  1. Wakaf dana Pembinaan Surau (Madrasah Al-Ikhsan)bernilai  RM100 / 1 Lot (1 k.p.s) dengan nilai gandaan seterusnya.
  2. Sumbangan derma (Wang Tunai / Keperluan surau).
  3. Kupon derma bernilai RM1,  RM5, RM10,  RM50.


 KAEDAH PEMBAYARAN

1. Tunai kepada :
J/K Pembinaan Surau SK Telok Gadong Klang.
  2. Cek atas nama :
J/K Pembinaan Surau SK Telok Gadong Klang Selangor.
3. Internet Banking / Deposit Tunai / ATM Nama Bank :

HONG LEONG BANK BERHAD
No Akaun :  12201007082


KETERANGAN LANJUT HUBUNGI


PENGERUSI :
En. Tarmiti B. Kasiron ( 019-2394577 )

NAIB PENGERUSI 1
Tn. Hj Suhaini B. Lasiman ( 019-7744343 )

NAIB PENGERUSI 2
En. Mohamad Azman B. Abdullah (019-3392008)

BENDAHARI :
En. Arman B. Sharif ( 016- 9398431)


J/K PEMBINAAN SURAU SK TELOK GADONG KLANG
SEK KEB TELOK GADONG, JALAN YADI,
41250 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN


Isnin, 24 September 2012

Bantulah Kami


PENGENALAN
                Sek Keb Telok Gadong adalah di antara sekolah yang tertua di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1897. Kini sekolah ini telah pun berusia 115 tahun. Sekolah ini ditubuhkan di sebuah bangunan hospital lama yang terletak di persimpangan Jalan Sungai Bertih dan Jalan Pelabuhan Klang.
              Pada masa pembukaan, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Telok Gadong. Nama ini diambil sempena nama tempat tersebut. Sekolah Melayu Telok Gadong tidak kekal di tapak bangunan hospital tersebut. Ia telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang ini iaitu di Jalan Yadi pada 5 Disember 1964. Bangunan sekolah lama ini telah dirobohkan dan dibina jalan raya serta rumah. Pada tahun 1987, sekolah ini telah dijadikan dua buah sekolah dengan dua pentadbiran yang berasingan iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong 2. Pada tahun 1990  Sekolah Kebangsaan Telok Gadong 2 dipindahkan ke sekolah baru yang dibina bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Udang.
Kini Sekolah Kebangsaan Telok Gadong menampung lebih dari 1350 murid, dibahagikan kepada sesi pagi dan petang. Memandangkan blok surau tiada dibina, maka pihak sekolah mencadangkan agar blok surau dibina untuk kemudahan warga Sekolah Kebangsaan Telok Gadong. 


VISI
Mewujudkan sebuah Surau (Madrasah Al-Ikhsan) dengan prasarana yang lengkap untuk keperluan Ibadah serta berperanan sebagai pusat untuk pembinaan sahsiah dan  keilmuan murid-murid serta warga sekolah.